Skip to main content

SUATU INGATAN BUAT KITA SEMUA

5 Perkara Racun Yanga Membunuh Dan 5 Perkara Penawar Sebagai Ubatnya:

1. Dunia itu racun dan zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun dan Zikrullah itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun dan taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun dan Ramadhan itu ubatnya.

Sabda Nabi SAW:

"Akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka akan 5 perkara:

1. Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati.
2. Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab.
3. Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur.
4. Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat.
5. Kasih mereka kepada makhluk – lupa mereka kepada Allah".

Apabila Hampir Mati Seseorang Hamba Allah Maka Terbahagilah Dia Kepada 5 Bahagian:

1. Hartanya Untuk warisnya.
2. Nyawanya untuk Malaikat Maut.
3. Dagingnya untuk ulat-ulat.
4. Tulangnya untuk tanah.
5. Amalan-amalannya yang kebajikan untuk orang yang di inayainya.

Apabila Bercerailah Nyawa Dari Badan Maka Terdengarlah Seruan Dari Langit 3 Kali:

1. Hai anak Adam! Adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?

2. Hai anak Adam! Adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?

3. Hai anak Adam! Adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila Dihantar Ke Tempat Mandi Berserulah Suara Dari Langit 3 Kali:

1. Hai anak Adam! Di manakah badan engkau yang kuat, mengapa jadi lemah?

2. Hai anak Adam! Di manakah lidah engkau yang petah bercakap, mengapa diam?

3. Hai anak Adam! Di manakah kekasih engkau, mengapakah ia jadi liar terhadap engkau?

Apabila Dibawa Ke Atas Kain Kapan Maka Menyerulah Suara Dari Langit 3 Kali:

1. Hai anak Adam! Engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tiada berbekal?

2. Hai anak Adam! Engkau keluar dari rumah tiada engkau kembali untuk selama-lamanya?

3. Hai anak Adam! Engakau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderaan untuk selama-lamanya? dan engkau berpindah ke negeri yang huru-hara.

Apabila Mayat Di Bawa Di Atas Pengusung (Keranda) Maka Menyerulah Suara Dari Langit 3 Kali:

1. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.

2. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika amalanmu baik.

3. Hai anak Adam! Amat beruntunglah (berbahagialah) kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah – dan amat rugilah (celakalah)kamu jika sahabatmu orang yang di murkai Allah.

Apabila Mayat Diletakkan Untuk Di Sembahyangkan Maka Menyerulah Suara dari Langit 3 Kali:

1. Hai anak Adam! Segala amalanmmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.

2. Hai anak Adam! Jika amalanmu itu baik maka kamu akan lihat baik.

3. Hai anak Adam! Jika amalanmu itu buruk maka kamu akan lihat buruk.

Imam Anas Bin Malik RA Berkata, Bahawa Bumi Setiap Hari Berkata:

1. Hai anak Adam! Kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku (kubur).

2. Hai anak Adam! Kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, dan kamu akan diseksa di dalam perutku (kubur) nanti.

3. Kamu bergurau di atasku, dan kamu akan menangisi di dalam perutku (kubur).

4. Kamu makan barang yang haram di atasku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku (kubur).

5. Kamu bersuka ria di atasku, dan kamu akan merasa susaah sengsara di dalam perutku (kubur).

6. Kamu mengumpulkan barang-barang haram di atasku, tetapi kamu akan hancur di dalam perutku (kubur).

7. Kamu bersikap sombong di atasku, tetapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku (kubur).

8. Kamu berjalan dengan bersuka ria di atasku, tetapi kamu akan bersedih dan sengsara di dalam perutku (kubur).

9. Kamu berjalan dalam sinar cahaya menerang di atasku, tetapi kamu akan tinggal dalam kegelapan gelap gelita di dalam perutku(kubur).

10. Kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tetapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku (kubur).

Dari Riwayat Yang Lain Pula, Bhawa Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia 5 Kali:

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat(sembahyang) malam (tahjud).

3. Aku rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amalan soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka banyakkanlah amalan bacaan supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


DIPETIK DARI : MYMASJID GROUP

Comments

Popular posts from this blog

RENUNGAN BUAT SEORANG GURU

Menerima semua murid seadanya akan memberi kekuatan kepada guru. Hubungan yang baik dengan murid dapat mengelakkan guru menghadapi kesulitan semasa sesi p & p mereka. Penampilan diri guru sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi negatif murid terhadap guru. Guru merupakan seorang seniman . kerjayanya sentiasa dicemburui. Berikan yang terbaik dan anda akan dapat yang terbaik. Sikap kita memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran terhadap murid. Kenali setiap murid secara individu. Luang lebih masa kepada mereka. Kurangkan bercerita mengenai diri sendiri sebaliknya lebih menumpukan kepada pengajaran ketika di dalam kelas. Peranan guru adalah membantu dalam proses manusia mendidik diri mereka sendiri.

MI SEGERA PUNCA PENYAKIT

Menurut CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang ), kira-kira 870 juta paket mi segera telah diambil sebagai hidangan pada 2004. Jumlah itu kian meningkat mencecah 1210 juta paket pada 2008 dengan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam tempoh tersebut. S.M Mohamad Idris ( Presiden CAP ) mendakwa mi segera yang mengandungi banyak garam natrium akan mendedahkan si pengemarnya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Menurutnya lagi, rembesan dioksin dan bahan-bahan lain yang menyerupai hormon dari bekas plastik mi cawan boleh meresap masuk ke dalam hidangan apabila dimasukkan air panas. Mi juga turut disaluti dengan lilin bagi mencegahnya daripada melekat. Kesan penggunaan lilin dalam mi boleh dilihat apabila mi ditambah dengan air panas dan akan kelihatan bahan lilin terapung dalam air tersebut. Sumber : Kosmo! Khamis 22 April 2010. Diolah kembali oleh : admin.
Cadangan Boikot Penggunaan Gula Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Pengguna i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan ) iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja. iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ). v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula. Pihak Penguatkuasa i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap. ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula. Pihak Kerajaan i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gul