Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah: Hak untuk mendapatkan keperluan asas Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya Hak untuk mendapatkan keselamatan Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna. Hak untuk mendapatkan maklumat Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan. Hak untuk membuat pilihan Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelba

SUATU INGATAN BUAT KITA SEMUA

5 Perkara Racun Yanga Membunuh Dan 5 Perkara Penawar Sebagai Ubatnya: 1. Dunia itu racun dan zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun dan Zikrullah itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun dan taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun dan Ramadhan itu ubatnya. Sabda Nabi SAW: "Akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka akan 5 perkara: 1. Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati. 2. Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab. 3. Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur. 4. Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat. 5. Kasih mereka kepada makhluk – lupa mereka kepada Allah". Apabila Hampir Mati Seseorang Hamba Allah Maka Terbahagilah Dia Kepada 5 Bahagian: 1. Hartanya Untuk warisnya. 2. Nyawanya untuk Malaikat Maut. 3. Dagingnya untuk ulat-ulat. 4. Tulangnya untuk tanah. 5. Amalan-amalannya yang kebajikan untuk orang yang di inayainya. Apabila Bercerailah Nyawa Dari
Cadangan Boikot Penggunaan Gula Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Pengguna i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan ) iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja. iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ). v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula. Pihak Penguatkuasa i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap. ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula. Pihak Kerajaan i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gul