Skip to main content

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.


SUMBER : http://www.kpdnkk.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

RENUNGAN BUAT SEORANG GURU

Menerima semua murid seadanya akan memberi kekuatan kepada guru. Hubungan yang baik dengan murid dapat mengelakkan guru menghadapi kesulitan semasa sesi p & p mereka. Penampilan diri guru sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi negatif murid terhadap guru. Guru merupakan seorang seniman . kerjayanya sentiasa dicemburui. Berikan yang terbaik dan anda akan dapat yang terbaik. Sikap kita memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran terhadap murid. Kenali setiap murid secara individu. Luang lebih masa kepada mereka. Kurangkan bercerita mengenai diri sendiri sebaliknya lebih menumpukan kepada pengajaran ketika di dalam kelas. Peranan guru adalah membantu dalam proses manusia mendidik diri mereka sendiri.

MI SEGERA PUNCA PENYAKIT

Menurut CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang ), kira-kira 870 juta paket mi segera telah diambil sebagai hidangan pada 2004. Jumlah itu kian meningkat mencecah 1210 juta paket pada 2008 dengan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam tempoh tersebut. S.M Mohamad Idris ( Presiden CAP ) mendakwa mi segera yang mengandungi banyak garam natrium akan mendedahkan si pengemarnya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Menurutnya lagi, rembesan dioksin dan bahan-bahan lain yang menyerupai hormon dari bekas plastik mi cawan boleh meresap masuk ke dalam hidangan apabila dimasukkan air panas. Mi juga turut disaluti dengan lilin bagi mencegahnya daripada melekat. Kesan penggunaan lilin dalam mi boleh dilihat apabila mi ditambah dengan air panas dan akan kelihatan bahan lilin terapung dalam air tersebut. Sumber : Kosmo! Khamis 22 April 2010. Diolah kembali oleh : admin.
Cadangan Boikot Penggunaan Gula Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Pengguna i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan ) iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja. iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ). v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula. Pihak Penguatkuasa i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap. ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula. Pihak Kerajaan i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gul