Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Jawatankuasa Khas Tangani Peningkatan BebanTugas Pendidik

BERITA GEMBIRA BUAT GURU KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Sumber : BERITA HARIAN 13 DISEMBER 2010 Antara komen pembaca : 1. Noraini Ahmad - Kemasukan ke Pendidikan Guru amat susah adakah pengambilan ini dikalangan kakitangan bhg pendidikan Gurur atau kroni-kroni sahaja. 2. Mohamed - Assalamualaikum cikgu,apa yang disenaraikan itu dah memang tugas guru, kenapa kata beban tugas guru.Tidak ada sesiapa pun yang ditarik tangannya dari rumah dipaksa jadi guru, semuanya "memohon untuk jadi guru", kenapa pula bersungut tentang beban kerja, kalau rasa terbeban sangat,

BEBAN TUGAS GURU

Salam persahabatan buat pembaca semua...... 16 Mei setiap tahun dikenang sebagai Hari Guru. Pada hari ini pendidik serta anak didiknya meraikan dan mengenang kembali jasa-jasa golongan guru yang pernah menyumbang bakti kepada warga Malaysia tercinta. Tema pada tahun ini masih seperti tahun lalu iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Setiap kali sambutan hari guru, bermacam-macam cerita diungkit kembali antaranya tentang beban tugas guru di sekolah. Penulis sempat menyaksikan siaran langsung rancangan 'Di Luar Lingkungan' di RTM 1 yang dihoskan oleh Encik Sayed Munawar. 4 orang ahli panel telah dijemput untuk membicarakan tentang beban tugas guru antaranya Tokoh Pendidikan Kebangsaan 2010, Setiausaha Agung NUTP, Pengerusi PIBG Nasional dan seorang pegawai dari Puncakmas Marketing Sdn. Bhd yang mengusahakan produk e-pendidikan. Beberapa panggilan juga diterima semasa program tersebut berlangsung, tidak kurang juga terdapat pemanggil yang kurang bersedia ketika bercakap dan d

MI SEGERA PUNCA PENYAKIT

Menurut CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang ), kira-kira 870 juta paket mi segera telah diambil sebagai hidangan pada 2004. Jumlah itu kian meningkat mencecah 1210 juta paket pada 2008 dengan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam tempoh tersebut. S.M Mohamad Idris ( Presiden CAP ) mendakwa mi segera yang mengandungi banyak garam natrium akan mendedahkan si pengemarnya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Menurutnya lagi, rembesan dioksin dan bahan-bahan lain yang menyerupai hormon dari bekas plastik mi cawan boleh meresap masuk ke dalam hidangan apabila dimasukkan air panas. Mi juga turut disaluti dengan lilin bagi mencegahnya daripada melekat. Kesan penggunaan lilin dalam mi boleh dilihat apabila mi ditambah dengan air panas dan akan kelihatan bahan lilin terapung dalam air tersebut. Sumber : Kosmo! Khamis 22 April 2010. Diolah kembali oleh : admin.