Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

BEBAN TUGAS GURU

Salam persahabatan buat pembaca semua...... 16 Mei setiap tahun dikenang sebagai Hari Guru. Pada hari ini pendidik serta anak didiknya meraikan dan mengenang kembali jasa-jasa golongan guru yang pernah menyumbang bakti kepada warga Malaysia tercinta. Tema pada tahun ini masih seperti tahun lalu iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Setiap kali sambutan hari guru, bermacam-macam cerita diungkit kembali antaranya tentang beban tugas guru di sekolah. Penulis sempat menyaksikan siaran langsung rancangan 'Di Luar Lingkungan' di RTM 1 yang dihoskan oleh Encik Sayed Munawar. 4 orang ahli panel telah dijemput untuk membicarakan tentang beban tugas guru antaranya Tokoh Pendidikan Kebangsaan 2010, Setiausaha Agung NUTP, Pengerusi PIBG Nasional dan seorang pegawai dari Puncakmas Marketing Sdn. Bhd yang mengusahakan produk e-pendidikan. Beberapa panggilan juga diterima semasa program tersebut berlangsung, tidak kurang juga terdapat pemanggil yang kurang bersedia ketika bercakap dan d