Skip to main content

BEBAN TUGAS GURU



Salam persahabatan buat pembaca semua......

16 Mei setiap tahun dikenang sebagai Hari Guru. Pada hari ini pendidik serta anak didiknya meraikan dan mengenang kembali jasa-jasa golongan guru yang pernah menyumbang bakti kepada warga Malaysia tercinta. Tema pada tahun ini masih seperti tahun lalu iaitu 'Guru Pembina Negara Bangsa'.

Setiap kali sambutan hari guru, bermacam-macam cerita diungkit kembali antaranya tentang beban tugas guru di sekolah. Penulis sempat menyaksikan siaran langsung rancangan 'Di Luar Lingkungan' di RTM 1 yang dihoskan oleh Encik Sayed Munawar. 4 orang ahli panel telah dijemput untuk membicarakan tentang beban tugas guru antaranya Tokoh Pendidikan Kebangsaan 2010, Setiausaha Agung NUTP, Pengerusi PIBG Nasional dan seorang pegawai dari Puncakmas Marketing Sdn. Bhd yang mengusahakan produk e-pendidikan.

Beberapa panggilan juga diterima semasa program tersebut berlangsung, tidak kurang juga terdapat pemanggil yang kurang bersedia ketika bercakap dan ditanya oleh Sayed Munawar. Memang sedikit memalukan apabila ada pemanggil yang tergagap-gagap apabila ditanya mengenai alam pendidikan. Ini boleh memberi tanggapan buruk mengenai keupayaan guru berdepan dengan khalayak yang pelbagai dan pengetahuan mendalam mereka dalam bidang yang diceburi.

Pada pendapat penulis, beban tugas guru boleh dibahagikan kepada dua iaitu beban tugas secara psikologi dan beban secara secara fizikal. Bebas tugas secara psikologi sebagai contoh seperti bagaimana guru berdepan dengan anak didik yang lebih pintar dan 'advance' darinya serta bagaimana membahagikan masa untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri jika tugasan yang ada tidak memungkinkan ruang yang selesa buat guru menjadikan dirinya serba boleh.....

Beban tugas secara fizikal pula ialah seperti menggunakan kemudahan yang serba kekurangan kerana lokasi sekolah yang terpencil. Maka, guru terpaksa menggunakan kemudahan yang ala kadar untuk mendidik anak murid supaya menjadi warga berguna buat dirinya, keluarga dan negara tercinta. Terdapat guru yang masih melakukan kerja-kerja tukang kebun di sekolah atau kerja mencetak kertas soalan yang sepatutnya dilakukan oleh Pekerja Am Rendah.

Jika membicarakah isu beban tugas guru, memang tidak habis sampai bila-bila. Bila masyarakat dan pemimpin mula mengungkit tentang peranan guru, maka guru-guru pula akan membangkitkan pula segala macam masalah di sekolah termasuk peranan masyarakat dan pemimpin. Apakah mereka benar-benar membantu guru dalam membentuk rakyat yang berilmu dan berguna kepada negara Malaysia tercinta ?

Amat bahaya bagi sebuah negara apabila guru mula merajuk dan tidak dihargai serta ditohmah secara purata tentang keikhlasan mereka mendidik anak bangsa. Tidak mustahil jika di masa akan datang guru hanya akan hadir ke rumah anda secara maya serta mengenakan bayaran tertentu untuk mendidik anak anda sama seperti apa yang berlaku sekarang dengan tertubuhnya pusat-pusat tuisyen berbayar dan kaedah e-pembelajaran yang mengenakan bayaran yang bukan sedikit jika tiada lagi yang berminat menjadi guru (walau pun realitinya tidak begitu).....

Fikir-fikirkanlah......SELAMAT HARI GURU, CIKGU......

Comments

Popular posts from this blog

RENUNGAN BUAT SEORANG GURU

Menerima semua murid seadanya akan memberi kekuatan kepada guru. Hubungan yang baik dengan murid dapat mengelakkan guru menghadapi kesulitan semasa sesi p & p mereka. Penampilan diri guru sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi negatif murid terhadap guru. Guru merupakan seorang seniman . kerjayanya sentiasa dicemburui. Berikan yang terbaik dan anda akan dapat yang terbaik. Sikap kita memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran terhadap murid. Kenali setiap murid secara individu. Luang lebih masa kepada mereka. Kurangkan bercerita mengenai diri sendiri sebaliknya lebih menumpukan kepada pengajaran ketika di dalam kelas. Peranan guru adalah membantu dalam proses manusia mendidik diri mereka sendiri.

MI SEGERA PUNCA PENYAKIT

Menurut CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang ), kira-kira 870 juta paket mi segera telah diambil sebagai hidangan pada 2004. Jumlah itu kian meningkat mencecah 1210 juta paket pada 2008 dengan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam tempoh tersebut. S.M Mohamad Idris ( Presiden CAP ) mendakwa mi segera yang mengandungi banyak garam natrium akan mendedahkan si pengemarnya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Menurutnya lagi, rembesan dioksin dan bahan-bahan lain yang menyerupai hormon dari bekas plastik mi cawan boleh meresap masuk ke dalam hidangan apabila dimasukkan air panas. Mi juga turut disaluti dengan lilin bagi mencegahnya daripada melekat. Kesan penggunaan lilin dalam mi boleh dilihat apabila mi ditambah dengan air panas dan akan kelihatan bahan lilin terapung dalam air tersebut. Sumber : Kosmo! Khamis 22 April 2010. Diolah kembali oleh : admin.
Cadangan Boikot Penggunaan Gula Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Pengguna i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan ) iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja. iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ). v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula. Pihak Penguatkuasa i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap. ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula. Pihak Kerajaan i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gul