Cadangan Boikot Penggunaan Gula
Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.
Pihak Pengguna
i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman.
ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan )
iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja.
iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ).
v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula.
Pihak Penguatkuasa
i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap.
ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula.
Pihak Kerajaan
i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran
Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gula untuk memaksa kerajaan menaikkan harga gula. Dengan menurunkan harga gula menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan stok yang ada bagi mengelakkan kerugian. Lagi pun, mereka kan orang meniaga. Tak ada bisnes, kuranglah pendapatan mereka.
ii. Keluarkan permit import gula dengan lebih banyak.
Rasional : Bila ada lambakan gula di pasaran, maka kuranglah orang berebut-rebut gula. Tokeh yang sibuk sorok gula pula akan keluarkan gula dengan cepat. Takut rugi.
iii. Adakan undang-undang sebat ke atas penyorok bekalan gula. Kalau boleh masukkan pesalah dalam ISA.
Rasional: Tokeh-tokeh tersebut secara jelas telah mengancam kepentingan negara. Mungkin hari ini mereka menyorok gula tetapi tidak mustahil mereka akan menyorok bahan keperluan yang lain.

Comments
Post a Comment