Skip to main content

Jawatankuasa Khas Tangani Peningkatan BebanTugas Pendidik

BERITA GEMBIRA BUAT GURU

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Sumber : BERITA HARIAN 13 DISEMBER 2010

Antara komen pembaca :
1. Noraini Ahmad - Kemasukan ke Pendidikan Guru amat susah adakah pengambilan ini dikalangan kakitangan bhg pendidikan Gurur atau kroni-kroni sahaja.

2. Mohamed - Assalamualaikum cikgu,apa yang disenaraikan itu dah memang tugas guru, kenapa kata beban tugas guru.Tidak ada sesiapa pun yang ditarik tangannya dari rumah dipaksa jadi guru, semuanya "memohon untuk jadi guru", kenapa pula bersungut tentang beban kerja, kalau rasa terbeban sangat, pendapat saya, nak jadi guru dulu "pohon" maka keluarlah dari profesion guru "pohon keluar". Kalau golongan mulia seperti guru asyik bercakap "beban tugas", tak sanggup pikul amanah dan tanggungjawab kalau pun lebih sikit seiring degan perkembangan semasa, terus berkorban demi agama, bangsa dan negara, menjadi insan berperibadi cemerlang menjana kehebatan genarasi akan datang, siapa lagi? Kenapa guru semangatnya semakin lemah dan dayus, terlalu "demand",luntur dayatahan /antibodi.Pada saya ianya berpunca dari "formula",1.untuk dapat imbuhan daripada semua kerja yang padanya "beban" dan 2.sikap irihati guru dengan guru lain yang duduk selesa tanpa/sedikit "beban" berbanding mereka .Apapun guru, fikirlah yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara, jadilah golongan "wasata" dan "mudaris" dengan niat kerja kerana Allah, kerana " manisnya ada dihujung dunia atau akhirat" Wassalam.

Komen saya pula :

Salam buat semua. Bila terbaca berita mengenai pendidikan pada pagi ini, amat menyentuh hati kerana masih banyak pihak yang menghargai kepayahan tugas seorang guru. Kata-kata seperti "Tidak ada sesiapa pun yang ditarik tangannya dari rumah dipaksa jadi guru, semuanya "memohon untuk jadi guru", kenapa pula bersungut tentang beban kerja, kalau rasa terbeban sangat, pendapat saya, nak jadi guru dulu "pohon" maka keluarlah dari profesion guru "pohon keluar" sebenarnya kurang manis dibaca oleh saya kerana kami golongan guru bukan hanya memohon untuk menjadi guru malah ia sebenarnya telah ditetapkan oleh Allah rezeki kami dalam bidang tersebut.

Soal kroni atau tidak untuk menjadi guru sememangnya subjektif untuk diperdebatkan kerana dalam jabatan lain hatta dalam sektor swasta juga berlaku demikian. Saya tiada kroni dalam kementerian Pelajaran, tetapi saya tetap menjadi seorang guru tanpa rekomen sesiapa kerana Allah telah menetapkannya begitu. Meminta guru melepaskan jawatan mereka jika banyak sangat bersungut tidak akan menyelesaikan masalah. Adakah pihak yang mencadangkan idea ini sebenarnya golongan terdesak untuk mendapatkan pekerjaan hingga menyuruh orang lain berhenti menjadi guru ? Dan jika orang ini seorang guru, maka dialah sebenarnya duri dalam daging yang merosakkan semangat kekeluargaan dalam bidang pendidikan. Adakah pegawai kerajaan lain maupun mereka yang bekerja di sektor swasta tidak pernah bersungut mengenai kerja mereka ? Ini sebenarnya lumrah dalam kehidupan manusia. Cuma bagaimanakah cara kita menanganinya; itulah sebaiknya difikirkan daripada kata-kata kejian yang tidak membina bahkan merumitkan keadaan. Saya seorang guru, dan saya tahu kepayahan kami berbanding mereka yang hanya tahu memerhati dan mengkritik sahaja. Tolonglah kami, bantulah kami dan sokonglah kami mendidik anak bangsa supaya berilmu dan berkemahiran tinggi serta menjadikan sekolah sebagai syurga buat anak-anak kita menuntut ilmu.....

Comments

Popular posts from this blog

RENUNGAN BUAT SEORANG GURU

Menerima semua murid seadanya akan memberi kekuatan kepada guru. Hubungan yang baik dengan murid dapat mengelakkan guru menghadapi kesulitan semasa sesi p & p mereka. Penampilan diri guru sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi negatif murid terhadap guru. Guru merupakan seorang seniman . kerjayanya sentiasa dicemburui. Berikan yang terbaik dan anda akan dapat yang terbaik. Sikap kita memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran terhadap murid. Kenali setiap murid secara individu. Luang lebih masa kepada mereka. Kurangkan bercerita mengenai diri sendiri sebaliknya lebih menumpukan kepada pengajaran ketika di dalam kelas. Peranan guru adalah membantu dalam proses manusia mendidik diri mereka sendiri.

MI SEGERA PUNCA PENYAKIT

Menurut CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang ), kira-kira 870 juta paket mi segera telah diambil sebagai hidangan pada 2004. Jumlah itu kian meningkat mencecah 1210 juta paket pada 2008 dengan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam tempoh tersebut. S.M Mohamad Idris ( Presiden CAP ) mendakwa mi segera yang mengandungi banyak garam natrium akan mendedahkan si pengemarnya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Menurutnya lagi, rembesan dioksin dan bahan-bahan lain yang menyerupai hormon dari bekas plastik mi cawan boleh meresap masuk ke dalam hidangan apabila dimasukkan air panas. Mi juga turut disaluti dengan lilin bagi mencegahnya daripada melekat. Kesan penggunaan lilin dalam mi boleh dilihat apabila mi ditambah dengan air panas dan akan kelihatan bahan lilin terapung dalam air tersebut. Sumber : Kosmo! Khamis 22 April 2010. Diolah kembali oleh : admin.
Cadangan Boikot Penggunaan Gula Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Pengguna i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan ) iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja. iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ). v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula. Pihak Penguatkuasa i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap. ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula. Pihak Kerajaan i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gul