Skip to main content

RENUNGAN BUAT SEORANG GURU


  • Menerima semua murid seadanya akan memberi kekuatan kepada guru.
  • Hubungan yang baik dengan murid dapat mengelakkan guru menghadapi kesulitan semasa sesi p & p mereka.
  • Penampilan diri guru sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi negatif murid terhadap guru.
  • Guru merupakan seorang seniman . kerjayanya sentiasa dicemburui.
  • Berikan yang terbaik dan anda akan dapat yang terbaik.
  • Sikap kita memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran terhadap murid.
  • Kenali setiap murid secara individu. Luang lebih masa kepada mereka.
  • Kurangkan bercerita mengenai diri sendiri sebaliknya lebih menumpukan kepada pengajaran ketika di dalam kelas.
  • Peranan guru adalah membantu dalam proses manusia mendidik diri mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Cadangan Boikot Penggunaan Gula Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Pengguna i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan ) iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja. iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ). v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula. Pihak Penguatkuasa i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap. ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula. Pihak Kerajaan i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gul...

Jawatankuasa Khas Tangani Peningkatan BebanTugas Pendidik

BERITA GEMBIRA BUAT GURU KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Sumber : BERITA HARIAN 13 DISEMBER 2010 Antara komen pembaca : 1. Noraini Ahmad - Kemasukan ke Pendidikan Guru amat susah adakah pengambilan ini dikalangan kakitangan bhg pendidikan Gurur atau kroni-kroni sahaja. 2. Mohamed - Assalamualaikum cikgu,apa yang disenaraikan itu dah memang tugas guru, kenapa kata beban tugas guru.Tidak ada sesiapa pun yang ditarik tangannya dari rumah dipaksa jadi guru, semuanya "memohon untuk jadi guru", kenapa pula bersungut tentang beban kerja, kalau rasa terbeban sangat, ...

MI SEGERA PUNCA PENYAKIT

Menurut CAP ( Persatuan Pengguna Pulau Pinang ), kira-kira 870 juta paket mi segera telah diambil sebagai hidangan pada 2004. Jumlah itu kian meningkat mencecah 1210 juta paket pada 2008 dengan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam tempoh tersebut. S.M Mohamad Idris ( Presiden CAP ) mendakwa mi segera yang mengandungi banyak garam natrium akan mendedahkan si pengemarnya kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Menurutnya lagi, rembesan dioksin dan bahan-bahan lain yang menyerupai hormon dari bekas plastik mi cawan boleh meresap masuk ke dalam hidangan apabila dimasukkan air panas. Mi juga turut disaluti dengan lilin bagi mencegahnya daripada melekat. Kesan penggunaan lilin dalam mi boleh dilihat apabila mi ditambah dengan air panas dan akan kelihatan bahan lilin terapung dalam air tersebut. Sumber : Kosmo! Khamis 22 April 2010. Diolah kembali oleh : admin.