Skip to main content

HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.


SUMBER : http://www.kpdnkk.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

Jawatankuasa Khas Tangani Peningkatan BebanTugas Pendidik

BERITA GEMBIRA BUAT GURU KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Sumber : BERITA HARIAN 13 DISEMBER 2010 Antara komen pembaca : 1. Noraini Ahmad - Kemasukan ke Pendidikan Guru amat susah adakah pengambilan ini dikalangan kakitangan bhg pendidikan Gurur atau kroni-kroni sahaja. 2. Mohamed - Assalamualaikum cikgu,apa yang disenaraikan itu dah memang tugas guru, kenapa kata beban tugas guru.Tidak ada sesiapa pun yang ditarik tangannya dari rumah dipaksa jadi guru, semuanya "memohon untuk jadi guru", kenapa pula bersungut tentang beban kerja, kalau rasa terbeban sangat, ...
Cadangan Boikot Penggunaan Gula Kekurangan gula di pasaran amat kurang menyenangkan kepada pengguna seluruh negara. Sikap pihak-pihak tertentu yang suka mengambil kesempatan mengaut keuntungan terutama apabila sampai sesuatu musim perayaan seperti hari raya amat dikesalkan. Sebagai seorang pengguna saya berasa terpanggil untuk mengusulkan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak Pengguna i. Kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman. ii. Minum air masak dan yang bertapis. ( lebih baik untuk kesihatan ) iii. Jika hendak minuman manis, ambil 1 kali sehari sahaja. iv. Minum air tebu dan air buah-buahan ( manis semulajadi ). v. Elakkan membeli barangan yang mengandungi gula. Pihak Penguatkuasa i. Lakukan pemeriksaan dan operasi yang lebih kerap. ii. Intip setiap lori atau kontena yang keluar dari kawasan kilang gula. Pihak Kerajaan i. Turunkan lagi harga gula apabila terdapat kekurangannya di pasaran Rasional : Pemborong, pembekal dan peniaga biasanya menyorok gul...

SUATU INGATAN BUAT KITA SEMUA

5 Perkara Racun Yanga Membunuh Dan 5 Perkara Penawar Sebagai Ubatnya: 1. Dunia itu racun dan zuhud itu ubatnya. 2. Harta itu racun dan zakat itu ubatnya. 3. Perkataan yang sia-sia itu racun dan Zikrullah itu ubatnya. 4. Seluruh umur itu racun dan taat itu ubatnya. 5. Seluruh tahun itu racun dan Ramadhan itu ubatnya. Sabda Nabi SAW: "Akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka akan 5 perkara: 1. Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati. 2. Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab. 3. Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur. 4. Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat. 5. Kasih mereka kepada makhluk – lupa mereka kepada Allah". Apabila Hampir Mati Seseorang Hamba Allah Maka Terbahagilah Dia Kepada 5 Bahagian: 1. Hartanya Untuk warisnya. 2. Nyawanya untuk Malaikat Maut. 3. Dagingnya untuk ulat-ulat. 4. Tulangnya untuk tanah. 5. Amalan-amalannya yang kebajikan untuk orang yang di inayainya. Apabila Bercerailah Nyawa Dari...